fbpx

PRK Kemaman: Calon BN nama besar tetapi bukan saya – Ahmad Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad pada majlis Ramah Mesra Jentera BN PRK Parlimen Kemaman semalam.

KEMAMAN – Barisan Nasional (BN) dijangka mengemukakan nama besar bagi merampas semula kerusi Parlimen Kemaman pada pilihan raya kecil (PRK) 2 Disember depan.

Pengerusi BN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pencalonan yang masih dirahsiakan nama tersebut telah mendapat persetujuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pengumuman calon BN bagi PRK Parlimen Kemaman berkenaan akan dilakukan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri di ibu negara pada 13 November ini.

“Presiden (Ahmad Zahid) telah memaklumkan (calon BN yang akan bertanding) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Insya-Allah, kejutan akan berlaku di (PRK Parlimen) Kemaman,” katanya pada majlis Ramah Mesra Jentera BN PRK Parlimen Kemaman di sini malam tadi.

Ahmad menjelaskan beliau yang telah dilantik Pengarah Jentera BN PRK Parlimen Kemaman bukan lah calon BN terbabit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI