fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: Timbalan setiausaha kelab badminton perjuang golongan belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ke Xin pada proses penamaan calin di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Foto SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

HULU SELANGOR – Calon Bebas, Nyau Ke Xin akan memberi fokus kepada pembangunan belia meliputi sukan dan pendidikan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Ke Xin yang juga aktivis pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai Timbalan Setiausaha Kelab Badminton Gemilang berkata, beliau ingin menjadikan PRK Kuala Kubu Baharu sebagai platform untuk memperjuangkan golongan muda.

“Saya nak masuk bertanding kerana keadaan ekonomi dan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Jadi, PRK adalah platform yang tepat untuk saya suarakan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon, di sini semalam.

Terdahulu, Ke Yin, 29, yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor membuat kemunculan mengejut apabila menghantar kertas penamaan sebagai calon Bebas di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor di sini.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ke Xin yang ditentang calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao, Khairul Azhari Suat (Perikatan Nasional) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

Untuk rekod, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN itu pada 11 Mei depan, manakala hari pengundian awal pula ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI