fbpx

Notis pengosongan kerusi diberi selepas PRK Kuala Kubu Baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (tengah) menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut 2024 di Dewan Semai Bakti di Felda Ijok, Selama di Larut hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

LARUT – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan menghantar notis kepada enam Ahli Parlimennya dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) agar mengosongkan kerusi masing-masing selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu selesai dilaksanakan.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ini parti tersebut kini memberi tumpuan terhadap PRK tersebut dan akan menghantar notis tersebut kepada mereka yang berkenaan selepas ia (PRK) berakhir.

“Sepatutnya kita adakan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) secepat mungkin, namun kita akan beri tumpuan kepada PRK dahulu, selepas itu baru beri fokus kepada isu ini.

“Selepas sahaja mesyuarat MPT, keesokannya akan hantar surat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut 2024 di Dewan Semai Bakti di Felda Ijok di Selama di sini hari ini.

Hadir sama di majlis sambutan Aidilfitri tersebut ialah barisan pimpinan tertinggi Bersatu serta Pas.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Mohd. Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Dr. Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang), Zahari Kechik (Jeli), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Manakala ADUN Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari pula menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor.

Pada masa sama, Hamzah berkata, segala tindakan yang akan diambil parti berkenaan kelak adalah berlandaskan kepada undang-undang.

“Maka kita telah menubuhkan jawatankuasa untuk melihat secara terperinci bagaimanakah tindakan yang seharusnya diambil selepas ini dan kita sudah melakukan mengikut segala yang perlu.

“Selepas ini kita akan adakan mesyuarat majlis tertinggi untuk mengetengahkan segala tindakan bakal saya ambil. Arahan itu kemudian saya akan hantar kepada semua Ahli Parlimen dan ADUN Bersatu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan tindakan segelintir daripada enam Ahli Parlimennya yang mengambil mudah tindakan bakal dikenakan ke atas mereka sebagai permainan psikologi terhadap diri sendiri.

“Saya tak payah nak komen (ambil mudah tindakan bakal dikenakan), kalau dah kena esok baru dia tahu. Biarkan, tindakan dia psiko diri sendiri sebab nak melegakan perasaan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI