fbpx

Janna Nick buat hal, usik Ruhanies dengan gelaran ‘penyondol’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Janna Nick (kiri) sekali lagi dikecam kerana mengusik Ruhainies dengan gelaran 'penyondol.

SHAH ALAM – Sekali lagi pengacara Janna Nick mengundang kritikan apabila mengaitkan pelakon Ruhaines yang hadir mempromosikan produk penaja program Famili Duo musim ketiga (FD3), malam ini dengan isu penyondol.

Biarpun sekadar gurauan bagi menghangatkan suasana ketika memperkenalkan aktres tersebut, perkataan itu disifatkan netizen kurang sesuai apatah lagi program itu bersiaran secara langsung.

“Cantik malam ini. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” katanya ketika sesi wawancara bersama pelakon drama Bintang itu.

Malah, Janna yang mengacarakan program pertandingan realiti itu bersama Izzue Islam dilihat selamba mengusik pengasas produk yang diwakili Ruhainies.

“Ini skandal Ruhainies ke?” katanya bersahaja merujuk kepada lelaki yang duduk di sebelah aktres terbabit.

Biarpun pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, itu memahami Janna hanya berseloroh, rata-rata penonton tidak dapat menerima perkataan yang disifatkan kasar itu dinormalisasikan dalam program siaran langsung.

Apatah lagi rancangan hiburan terbitan TV3 itu ditonton seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

“‘Annoying’ (menjengkelkan) Janna jadi pengacara. Jangan terlalu mencuba untuk jadi pengacara yang menghiburkan dengan kata-kata kurang sesuai.

“Contohnya tadi penyondol. Program Famili Duo untuk tontonan umum, bukan tontonan geng memondan,” kata netizen dalam aplikasi X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI