fbpx

Gudang diserbu, PATI sembunyi bawah tangga, kerusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan warga asing yang ditahan dalam operasi di Seksyen 22, Shah Alam.

SHAH ALAM – Bersembunyi di bawah kerusi, tangga dan susunan barangan antara cubaan terdesak pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak dicekup, tengah malam tadi.

Usaha itu tersebut bagaimanapun gagal apabila 245 pendatang PATI termasuk seorang wanita berusia 18 hingga 41 tahun ditahan dalam serbuan sebuah gudang di Seksyen 22 di sini, kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, ketika serbuan kesemua warga asing itu sedang bekerja di gudang barangan tersebut.

Tegas beliau, pemeriksaan mendapati pekerja itu bertempiaran lari dan cuba bersembunyi selepas menyedari kehadiran pihaknya.

“Namun, mereka berjaya ditahan iaitu melibatkan 102 warga Bangladesh, Nepal (61), India (58), Pakistan (20), Indonesia (3) dan seorang warga Sri Lanka.

“Semakan awal mendapati mereka antaranya melanggar syarat pas dengan bekerja di sektor lain,” katanya yang mengetuai operasi itu.

Tambah Khairrul Aminus, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada daripada PATI itu tinggal lebih masa di negara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 15 dan Seksyen Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. – KOSMO! ONLINE

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI