fbpx

Harga hotel dijangka naik, ramai mahu bercuti di negara jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai mengeluh apabila pengusaha hotel memaklumkan kadar bilik hotel dijangka naik sehingga 30 peratus susulan kenaikan cukai perkhidmatan dan jualan (SST) tahun hadapan.

Tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna turut meluahkan rasa kesal kerana dikatakan harga hotel ketika ini juga sudah cukup mahal.

Malah ada pengguna media sosial berkata, lebih berbaloi sekiranya bercuti di negara jiran seperti di Thailand atau Indonesia.

“Naikkan sajalah, homestay (inap desa) ada, apa susah. Sewa satu rumah boleh duduk ramai-ramai. Homestay sekarang kebanyakannya lebih selesa,” kata The5H.

“Jangan marah dan bising pula rakyat Malaysia bercuti di Thailand dan Indonesia,” kata Adib.

“Sekarang pun harga hotel di Malaysia mahal. Permintaan menurun, patutnya harga makin turunlah ini makin naik sampai 30 peratus,” keluh Hasan.

“Harga hotel dekat negara kita sangat tak berbaloi dengan kualiti. Dekat Thailand boleh duduk hotel mewah tapi dengan harga jauh lebih murah. Jangan tanyalah kenapa kalau tahun depan hotel langsung tak laku,” tegas Izzah.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2024 bulan lalu mengumumkan kerajaan bercadang menaikkan kadar SST daripada enam kepada lapan peratus menerusi Perluasan Asas Fiskal di bawah Komitmen Reformasi Fiskal.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kenaikan itu tidak membebankan rakyat kerana tidak melibatkan barangan dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI