fbpx

Boikot produk Israel kurangkan sengsara penduduk Gaza – Duta Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Walid Abu (duduk, tengah) pada sidang akhbar di Kedutaan Palestin, Kuala Lumpur hari ini. - Foto oleh MOHD. FARIZWAN HASBULLAH / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Tindakan rakyat Malaysia yang berkempen memboikot produk atau francais yang memberi sokongan kepada Israel membantu mengurangkan kesengsaraan rakyat Palestin yang ditindas selama ini oleh rejim Zionis.

Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali berkata, sehubungan itu, dia turut mengajak semua rakyat Palestin dan Malaysia, umat Islam selain mereka yang percaya kepada hak kemanusiaan dan demokrasi untuk melaksanakan boikot mengikut yang termampu.

“Israel dapat faedah daripada pelbagai produk dan barangan berjenama di seluruh dunia, dan ia juga sangat dikenali ramai. Saya berpendapat dalam tempoh tiga minggu ini, kita lihat secara ekonomi ia turut member kesan.

“Justeru, ini akan memberi tekanan kepada Israel yang melakukan keganasan kepada rakyat Palestin. Apa yang dibuat ini akhirnya memberi kesan kepada Israel,” katanya pada sidang akhbar di Kedutaan Palestin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, komuniti antarabangsa juga diharap memainkan peranan dalam isu melibatkan rakyat Palestin kerana ia adalah tanggungjawab semua pihak.

“Kita tidak mahu peristiwa Nakba pada 1948 dan Naksa pada 1967 berulang kembali jika Israel terus melakukan penindasan dan keganasan yang akhirnya merampas Palestin termasuk di Gaza dan Tebing Barat,” katanya.

Sementara itu, Walid Abu berkata, pihaknya berterima kasih dan sangat menghargai terhadap sokongan tidak berbelah bahagi daripada kerajaan dan rakyat Malaysia kepada Palestin sejak sekian lama.

“Misalnya kaum Melayu memberikan sokongan yang sangat baik kepada Palestin, begitu juga daripada minoriti yang lain juga memberikan sokongan. Bahkan saya pernah dijemput dalam satu perbincangan oleh MCA bagi menerangkan isu-isu Palestin.

“Ini bukan soal Hamas atau Fatah. Tolong fahamkan bahawa ini bukan isu agama dan kami menentang Israel bukannya Yahudi. Kami rakyat Palestin iaitu Islam dan Kristian sengsara dengan penindasan sekian lama dan kami menentang Zionis Israel,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI