fbpx

‘Seronok bersiar-siar, najis sana-sini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kerbau ternakan yang berkeliaran di tengah jalan di Jalan Tepus-Kuala Jengai berhampiran Kampung Rantau Panjang, Hulu Dungun semalam.

DUNGUN – Perbuatan sambil lewa segelintir penternak melepaskan haiwan peliharaan mereka berkeliaran mengancam keselamatan pengguna jalan raya di Jalan Tepus-Kuala Jengai, Hulu Dungun dekat sini.

Setiap hari, banyak lembu dan kerbau dibiarkan di laluan tersebut terutamanya di sekitar Kampung Rantau Ranjang hingga Kampung Kuala Jengai.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Hussin Salleh, 49, berkata, dia dan rakan-rakan perlu berhati-hati setiap kali menggunakan laluan utama di mukim Hulu Dungun berkenaan kerana bimbang terlanggar lembu atau kerbau.

“Kita perlu memandu perlahan dan berhati-hati kerana lembu dan kerbau boleh melintas pada bila-bila masa.

“Keadaan semakin bahaya pada waktu malam kerana sebahagian besar kawasan tersebut gelap, memandangkan ia tidak dilengkapi kemudahan lampu jalan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Kamil Zainal Abidin, 35, pula memberitahu, selain ancaman keselamatan, pengguna yang melalui Jalan Tepus-Kuala ­Jengai juga perlu berhadapan dengan masalah terlanggar najis haiwan ternakan berkenaan.

Katanya, banyak najis lembu dan kerbau berada di tengah jalan sehingga sukar kenderaan yang melaluinya untuk mengelak.

“Setiap hari saya melalui Jalan Tepus-Kuala Jengai dan ‘disajikan’ dengan pemandangan najis lembu dan kerbau yang banyak di jalan raya.

“Saya mohon penternak ­terlibat lebih bertanggungjawab dengan menjaga haiwan ternakan masing-masing daripada ­terus berkeliaran di atas jalan raya,” ujarnya.

Kamil juga menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap penternak ­terbabit dan merampas ternakan mereka jika terus membiarkan lembu atau kerbau berkeliaran di atas jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI