fbpx

Dewan Rakyat: Malaysia belum muktamad keputusan WHO CA+, IHR 2005

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malaysia belum memuktamadkan sebarang keputusan meraktifikasi atau menolak instrumen baharu rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) yang dijadualkan sebelum 1 Disember depan.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa menegaskan, rundingan penyediaan dokumen Intergovermental Negotiating Body (INB) WHO CA+ masih di peringkat awal dan tiada keputusan akan diberikan sehingga segalanya dipersetujui.

“Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan Perpaduan tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana keputusan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan komited untuk memelihara kedaulatan negara, kuasa Raja-Raja Melayu dan kuasa Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir PN-Setiu) yang ingin tahu mengenai isu sama ada Malaysia telah membuat keputusan mengenai rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Mengulas lanjut, Zaliha mengulangi pendirian kerajaan bahawa kedaulatan dan autonomi negara tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak.

Jelasnya, sebarang penggubalan undang-undang antarabangsa mesti tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, memelihara kuasa Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong dan tidak melanggar hak asasi kebebasan rakyat.

“Malaysia mengiktiraf keperluan membangunkan kapasiti, kerjasama kukuh dan koordinasi dalam kalangan industri untuk meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi wabak pada masa akan datang.

“Pendekatan ini bertujuan memastikan sumber-sumber kesihatan adalah adil dan boleh diakses di peringkat global, menyumbang kepada sistem penjagaan kesihatan lebih kukuh,” ujarnya.

Terdahulu, Pada 26 September lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan membantah WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri mengancam kedaulatan negara.

Jika usaha tersebut gagal, WHO boleh mengambil alih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI