fbpx

Dewan Rakyat: Sabah tidak boleh import beras – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan masih belum membenarkan negeri Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga makanan itu.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, ini kerana pihaknya masih yakin dasar pengimportan beras yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Malah katanya, ia adalah kaedah terbaik dalam menangani cabaran semasa dan mendatang.

“Dasar ini menjadi mekanisme utama yang memberikan keupayaan kepada negara menghadapi cabaran ketidakstabilan harga beras antarabangsa.

“Ini kerana dasar pengimport utama menjadi mekanisme yang berfungsi sebagai benteng untuk melindungi industri padi dan beras tempatan daripada terdedah kepada ketidaktentuan kedudukan pasaran antarabangsa,” katanya dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud) yang meminta penjelasan kerajaan adakah akan membenarkan Sabah mengimport sendiri beras bagi mengimbangi bekalan dan harga beras melalui pendekatan lebih rapi, berdasarkan landskap sosial serta keunikan geografi.

Tambah beliau, bagi mengimbangi bekalan dan harga beras dalam konteks Sabah, Labuan dan Sarawak, kerajaan juga bersetuju memberikan subsidi sebanyak RM950 bagi setiap tan untuk beras putih import (BPI) mulai lima bulan lalu.

Ujar Mohamad, melalui kaedah ini, harga runcit BPI di kedua-dua negeri ini akan menjadi harga maksimum RM31 bagi 10 kilogram (kg).

Beliau berkata, langkah ini diambil memandangkan pengeluaran beras putih tempatan (BPT) di Sabah dan Sarawak adalah terhad, selain penduduk di kedua-dua negeri dapat menikmati harga BPI pada harga berpatutan.

“Sebarang keputusan mengenai perubahan dasar pengimport utama beras ini wajib mengambil kira kebajikan dan pendapatan pesawah, kestabilan serta jaminan bekalan makanan negara,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI