fbpx

Dewan Rakyat: Kad diskaun khas kepada peniaga Menu Rahmah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melancarkan kad diskaun khas untuk peniaga Menu Rahmah esok.

Menerusi kad inisiatif itu katanya pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, peniaga boleh membeli bahan mentah dengan potongan harga ditawarkan.

Bagaimanapun katanya, inisiatif itu hanya boleh dimanfaatkan di enam pasar raya yang bekerjasama dengan KPDN.

“Esok saya akan turun bersama Timbalan Menteri (KPDN), bagi satu inisiatif terbaru iaitu penawaran kad diskaun rahmah kepada pengusaha kafe dan restoran yang terbabit dalam inisiatif ini.

“Ia sebagai insentif kepada mereka yang menyokong usaha kerajaan (melalui Menu Rahmah) selama ini,” katanya ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI