fbpx

[VIDEO] Wanita maut, kereta dihempap pokok di Sungai Tua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kenderaan dihempap pokok di Jalan Sungai Tua, Batu Caves sebentar pagi.

GOMBAK -Seorang pemandu wanita dilaporkan meninggal dunia selepas kereta Perodua Alza dihempap pokok besar di Sungai Tua, Jalan Ulu Yam Bharu-Batu Caves, di sini, hari ini

Salah seorang saksi kejadian, Mohd. Zainor Zaini, 32, berkata, tiada mangsa lain didapati dalam kenderaan wanita berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang maut itu berusia lingkungan 40an manakala suami mangsa juga telah dihubungi orang ramai.

Merujuk laporan Maps serta Waze, laluan sekitar kawasan kejadian mengalami kini kesesakan lalu lintas.

Kebanyakan kenderaan terpaksa berpatah balik mengikut laluan Rawang kerana jalan yang tidak dapat dilalui.

Setakat ini, Kosmo! sedang mendapatkan pihak polis serta bomba bertugas bagi maklumat lanjut berhubung kejadian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI