fbpx

Syabu bernilai RM17.2 juta dirampas dalam masa sehari di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang dirampas dalam lima serbuan di Kelantan pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Polis berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di negeri ini selepas merampas 521 kilogram (kg) dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM17.2 juta dalam masa hanya sehari, minggu lalu.

Kesemua dadah itu dirampas menerusi lima siri serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dengan kerjasama JSJN Kelantan di sekitar negeri ini.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, operasi berkenaan dijalamlam hasil daripada risikan dan intipan pihak Bukit Aman di sekitar Kelantan.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis menahan lapan lelaki termasuk seorang warganegara Thailand yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 54 tahun.

“Sebanyak 521 kg dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM17.2 juta dirampas dari dua buah kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Kamarudin memberitahu, siasatan lanjut mendapati, mereka menyeludup masuk bekalan dadah dari Thailand melalui jalan darat yang dipercayai mula aktif sejak Mei lalu.

“Lelaki Thailand yang ditahan itu berperanan sebagai koordinator di negara jiran. Polis juga percaya kumpulan ini mempunyai rangkaian dengan sindiket di Myanmar dan Thailand.

“Ujian saringan air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis benzo dan lima daripada tujuh lelaki itu mempunyai rekod jenayah lampau berkait kes dadah,” katanya.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI