fbpx

Polis cekup pencuri tumpang tidur dalam kelambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek tidur dengan nyenyak sebelum dikejutkan oleh polis. – Tribunnews

JAKARTA – Polis memberkas seorang pencuri yang tertidur di atas katil rumah yang dipecah masuk, dipercayai akibat mabuk, lapor portal berita Okezone semalam.

Dalam kejadian di Pademangan, Jakarta Utara, polis yang disertai pemilik rumah serta beberapa penduduk mengejutkan lelaki berkenaan yang ketika itu,  sedang nyenyak tidur.

Berdasarkan video tular di media sosial, perompak berkenaan dilihat tidur di atas katil di dalam bilik rumah yang dipecah masuk.

Menurut ketua masyarakat setempat, Suhadi, kejadian itu bermula apabila pemilik rumah menyedari rumahnya dimasuki pencuri ketika pulang ke kediaman itu.

“Pemilik rumah kemudian masuk ke dalam bilik dan mendapati ada seseorang sedang tidur di dalam kelambu. Dia terus melaporkan hal itu kepada saya,” katanya.

Tambah Suhadi, selepas dikejutkan daripada tidur, pelaku memberitahu bahawa dia hanya menumpang tidur serta mengaku mencuri kompresor peti sejuk.

“Dia kelihatan amat nyenyak, seperti selepas makan ubat tidur,” ujar Suhadi.

Polis menemui sebotol arak yang dibawa oleh suspek sebelum membawanya ke balai polis untuk siasatan selanjutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI