fbpx

OB Holdings sumbang RM50,000 kepada Bank Makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Urusan OB Holdings, Teoh Eng Sia (tiga dari kiri) pada majlis penyerahan sumbangan untuk program Bank Makanan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – OB Holdings Berhad (OB Holdings) pakar dalam pembangunan produk, pendaftaran, perolehan bekalan, dan perkhidmatan pembuatan untuk makanan berkhasiat serta makanan tambahan diet, telah menyumbang sebanyak RM50,000 kepada Bank Makanan.

Ini adalah program bantuan makanan yang dianjurkan secara bersama oleh HOPE Ministries dan Pertubuhan Kebajikan Destiny Metro, sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan usaha persekitaran, sosial, dan tadbir urus (ESG) berterusan Kumpulan.

Sumbangan tersebut terdiri daripada RM20,000 dalam bentuk tunai dan 400 tin Susu Kambing Tulen Premium Purenat Bonlife, bernilai RM30,000.

Pengarah Urusan syarikat, Teoh Eng Siaberkata, sejak penubuhan perniagaan lebih dari 28 tahun yang lalu, ini adalah sebahagian misi utama syarikat untuk meluaskan akses kepada makanan ini kepada komuniti yang rentan dan kurang bernasib baik.

“Kami berpeluang untuk membuat perubahan dalam kehidupan 68 keluarga dan  berharap sumbangan ini dapat membantu memberikan sedikit kelegaan kepada cabaran harian mereka,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Ditubuhkan pada tahun 2011, projek Bank Makanan bertujuan untuk membantu mengurangkan bebanan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga berpendapatan rendah di sekitar Lembah Kelang, dengan menyediakan keperluan penting, termasuk beras, tepung, minyak masak, susu tepung dan makanan dalam tin

Bank Makanan akan membantu keluarga ini selama enam bulan untuk melengkapi mereka dengan keperluan harian dan membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat di kawasan bandar.

Apabila keadaan kewangan mereka bertambah baik, penganjur Bank Makanan akan beralih untuk membantu keluarga lain. Lebih daripada 300 keluarga telah mendapat manfaat daripada program tersebut sejak ia dilancarkan.

Buat masa ini, 68 keluarga menerima bantuan daripada Bank Makanan dan mereka akan mendapat manfaat daripada sumbangan Kumpulan  melalui sokongan  bekalan susu tepung yang mencukupi untuk tempoh empat hingga lima bulan. KOSMO!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI