fbpx

Cetak wang palsu, tipu peniaga guna beli rokok, dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mazli menunjukkan sebahagian not wang RM100 yang disyaki palsu pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tembelang dua lelaki disyaki mencetak wang palsu bagi memperdaya ramai peniaga di Terengganu sejak setahun lalu terbongkar dengan penahanan mereka, kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 28 dan 33 tahun tersebut ditahan di rumah sewa mereka di sebuah pangsapuri di bandar raya ini pada pukul 4 pagi.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, siasatan awal percaya kedua-dua suspek terlibat dalam sekurang-kurang 69 kes penipuan melibatkan penggunaan wang palsu di seluruh negeri ini sejak setahun lalu.

Beliau berkata, modus operandi kumpulan penjenayah tersebut ialah mencetak wang palsu not RM100 di pangsapuri terbabit sebelum digunakan untuk membeli barangan dan makanan daripada peniaga kecil.

“Sebahagian besar wang tulen tukaran tersebut dipercayai digunakan mereka untuk membeli dadah dan rokok.

“Siasatan awal juga mendapati mereka aktif menjalankan aktiviti penipuan menggunakan wang palsu itu di sekitar daerah Dungun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis ni Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Mazli berkata, serbuan di pangsapuri berkenaan berjaya merampas 27 wang tunai RM100 pelbagai siri disyaki palsu, dua unit telefon bimbit, satu unit komputer riba dan pencetak, sebuah kereta dan peralatan membuat wang palsu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI