fbpx

[VIDEO] ‘Puting beliung’ badai Kodiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah selepas dibadai pusaran angin di kawasan Pida, Kodiang petang ini.

JITRA – Penduduk di kawasan Pida di Kodiang, dekat sini dikejutkan dengan kejadian pusaran angin sehingga merosakkan beberapa buah rumah di kawasan itu pada petang ini.

Pusaran angin dikatakan terbentuk di kawasan sawah padi sebelum membadai rumah penduduk.

Rakaman video yang sempat dirakamkan penduduk menunjukkan bahagian bumbung sebuah rumah diterbangkan angin berpusar sebelum terhempas di kawasan sawah.

Selain itu, terdapat juga rakaman video keadaan rumah yang mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI