fbpx

MyAirline: Peguam i-Serve akan dirakam percakapan semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis akan memanggil semula seorang peguam yang disiasat membabitkan kes pengubahan wang haram syarikat pelaburan i-Serve bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, suspek lelaki berusia 62 tahun itu diberi jaminan polis pada pukul 9 malam di Balai Polis Pudu, kelmarin.

“Peguam terbabit akan dipanggil semula nanti untuk disambung rakaman percakapannya bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

26 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan empat suspek yang juga pekerja di syarikat i-Serve ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan seorang pengasas syarikat penerbangan tambang rendah bergelar ‘Datuk’.

Suspek pertama seorang wanita berusia 30 tahun bekerja di i-Serve sebagai pembantu kewangan sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah dan rakan kongsi kepada beberapa syarikat yang dipertanggungjawab memantau, menyediakan dokumen serta menguruskan pembayaran dividen kepada pelabur.

Suspek kedua ditahan adalah wanita berusia 33 tahun yang bekerja di i-Serve secara dalam talian sejak 2013 sebagai pembantu kewangan sebelum dilantik sebagai ahli lembaga pengarah di beberapa syarikat dan pengurus bendahari, bagi menguruskan kutipan jualan semua premis barang dijalankan syarikat itu.

Individu ketiga adalah lelaki berusia 48 tahun berperanan sebagai pengurus penyelidikan dan pembangunan di syarikat terbabit pada 2006 yang bertanggungjawab membuat sistem serta perisian syarikat i-Serve, selain dilantik menjadi ahli lembaga pengarah kepada beberapa anak syarikat termasuk MyAirline.

Suspek keempat pula merupakan lelaki berusia 62 tahun yang ditahan di Bukit Tunku bekerja sebagai Peguam i-Serve.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI