fbpx

Fakta-fakta mengejutkan tentang dhab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azhar memegang dua ekor dhab yang diternaknya di RKT Kamunting Baru Tambahan Expo, Kamunting, Taiping. Terdapat lebih 100 ekor dhab kini diternak di ladangnya.

GRADUAN Universiti Al-Azhar era 1990-an, Azhar Mohamad Shafawi, 51, telah mengusahakan ternakan biawak padang pasir dhab sejak 29 tahun lalu dan kini lebih 100 dhab ada dalam penjagaannya yang diusahakan di RKT Kamunting Baru Tambahan Expo, Kamunting, Taiping, Perak.

Menurut pemilik ladang Dhab Sinai itu, biarpun habitat asal dhab adalah padang pasir, ia tidak bermakna haiwan itu boleh dibiarkan begitu sahaja dan cukup sekadar memberinya makan.

“Nak menjaga dhab bukan setakat memberinya makan, malah lebih daripada itu. Contohnya dari segi suhu tempat tinggal, ia merupakan satu perkara yang perlu diberikan perhatian.

“Suhu memainkan peranan penting jika mahu memastikan telur-telur dhab berjaya menetas. Jika terlalu sejuk, kebarangkalian ia tidak menetas adalah tinggi,” katanya kepada Panorama baru-baru ini.

Justeru, katanya, antara langkah yang diambil bagi memastikan kebarangkalian telur-telur itu menetas termasuklah menempatkannya di dalam inkubator.

Azhar berkata, seekor dhab bertelur kira-kira 30 biji dengan setiap daripada telur itu mempunyai peluang 50 peratus untuk menetas atau sebaliknya.

Disebabkan itu, ujarnya, dia sentiasa memberi tumpuan terhadap suhu tempat tinggal biawak padang pasir tersebut agar lebih banyak telur dhab menetas, dengan 35 darjah Celsius merupakan suhu ideal bagi haiwan berkenaan.

“Disebabkan Taiping terletak di kawasan yang julat hujannya agak tinggi, jadi saya perlu ambil langkah sewajarnya untuk memastikan suhu di ladang dhab ini tidak jatuh terlalu banyak ketika hujan,” ujarnya dengan dhab tertua yang masih ada di ladangnya berusia 18 tahun.

Dhab

Selain suhu, Azhar juga perlu memastikan dhab di ladang ini diberi makanan yang seimbang. Antara yang dimakan haiwan itu termasuklah bunga raya, tulang sotong, salad, sawi dan kubis, kacang dal, kacang panjang dan kacang hijau.

“Orang ramai jangan terkejut kerana biawak dhab ini tidak makan daging, bahkan serangga juga bukan sebahagian daripada makanan haiwan itu,” katanya yang turut memaklumkan, kos makanan bagi dhab di ladangnya mencecah kira-kira RM3,000 sebulan.

Dalam pada itu, Azhar memberitahu, fakta menarik tentang haiwan itu ialah dhab menukar jantinanya sebanyak dua kali setahun iaitu sekitar enam bulan sekali.

 

Ini merupakan artikel rencana. Untuk membaca artikel penuh sila layari https://www.kosmo.com.my/2023/10/29/harga-dhab-cecah-rm10000-seekor/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI