fbpx

Daki gunung guna eskalator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai berpusu-pusu mendaki Gunung Tanyu menggunakan eskalator. – SCMP/YouTube

BEIJING – Pelancong di wilayah Zhejiang, China kini boleh menikmati pemandangan dari puncak gunung tanpa perlu membuat pendakian sukar iaitu dengan hanya menggunakan kemudahan eskalator, lapor laman berita Oddity Central kelmarin.

Beberapa pengendali pelancongan di wilayah berkenaan memasang eskalator gergasi di sebilangan kawasan pergunungan bagi membantu pelancong naik ke puncak tanpa perlu berpeluh.

Salah satu kawasan terlibat ialah Gunung Tanyu di daerah Chun’an. Meskipun hanya mempunyai ketinggian 350 meter, disebabkan keadaan muka buminya, pelancong sebelum ini perlu berjalan di sekeliling tiga gunung lain untuk tiba di puncak.

“Tujuan utama kami membina eskalator ini adalah untuk menyelesaikan masalah lalu lintas pendakian gunung.

“Pada awal perancangan, kami mahu membina kereta kabel, namun disebabkan beberapa kesukaran, kami berpendapat eskalator adalah lebih selamat dan mudah dibina,” kata seorang pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan tersebut.

Beberapa video yang memaparkan keadaan di lokasi kawasan pergunungan itu tular di media sosial baru-baru ini dengan ada pengguna yang menyokong dan mengkritik pembinaan eskalator.

“Eskalator tersebut telah merosakkan keindahan alam semula jadi kawasan pergunungan itu,” kata seorang pengguna media sosial – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI