fbpx

[VIDEO] Ribut petir: Kereta empat sekeluarga dihempap pokok, bumbung sekolah terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribut petir di Batu Berendam, Melaka petang tadi menyebabkan bumbung sekolah di SMK Munshi Abdullah terbang (kiri) dan beberapa buah kereta musnah dihempap pokok.

MELAKA – Empat sekeluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila kereta yang mereka naik dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir di Batu Berendam di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 2.39 petang dan sepasukan enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi.

“Kesemua mangsa ditemui dalam keadaan selamat dan berjaya dikeluarkan dari kenderaan.

“Pasukan bertindak membuat kerja-kerja memotong pokok yang tumbang menggunakan satu unit gergaji rantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Difahamkan dalam kejadian ribut itu, beberapa buah kenderaan lain turut dihempap pokok di beberapa lokasi berbeza.

Mengulas lanjut pihaknya berkata, satu panggilan kecemasan turut diterima berhubung kejadian bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah dekat sini musnah akibat diterbangkan ribut.

“Panggilan pada pukul 4 petang dan sepasukan enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan mendapati bumbung sekolah telah terbang akibat ribut, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI