fbpx

UniMAP tawar 25 biasiswa kepada rakyat Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZALIMAN (dua dari kiri) bertukar cenderahati dengan Walid di ibu negara semalam.

KANGAR – Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) prihatin dengan nasib yang menimpa Palestin dengan menawarkan 25 biasiswa untuk rakyat negara itu bagi meneruskan pengajian di universiti itu.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Zaliman Sauli menyatakan kesediaan UniMAP menyediakan 25 biasiswa khas untuk pelajar Palestin selepas pertemuan khas dengan Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di ibu negara, semalam.

“UniMAP menyatakan komitmen untuk menyediakan 25 biasiswa khas bagi pelajar Palestin antaranya biasiswa penginapan, yuran pengajian dan wang perbelanjaan harian.

“Biasiswa ini diharapkan dapat membantu pelajar Palestin yang masih menuntut di UniMAP agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa,” katanya hari ini.

Tambah Zaliman, perbincangan dua hala itu tidak hanya memfokuskan pada aspek kewangan, tetapi juga membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh pelajar Palestin di UniMAP.

“Komitmen kami tidak hanya untuk menyediakan bantuan kewangan, tetapi juga untuk memberikan sokongan emosi dan moral kepada pelajar Palestin di UniMAP.

“Terdahulu, perbincangan berkenaan turut memberi perhatian terhadap musibah yang menimpa salah seorang pelajar Palestin di UniMAP yang kehilangan seorang ahli keluarga mencetuskan keprihatinan dan kepedulian dari pihak universiti,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI