fbpx

Tambat Ringgit Malaysia untuk elak jatuh lagi- Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MahathiR dan Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim ketika melancarkan Pelan Impian Nasional Berjasa 2040, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM- Penambatan Ringgit Malaysia (RM) merupakan satu-satunya kaedah bagi mengelak mata wang tersebut daripada terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (USD) ketika ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, penambatan RM dapat membantu negara daripada penyangak mata wang, yang melakukan urusan tukaran mata wang asing negara bagi keuntungan mereka.

“Selain itu, ia (penambatan RM) dapat membantu rakyat membeli barangan import dengan harga yang tidak terlalu mahal, seperti sekarang ini.

“Sekarang barang import naik disebabkan RM yang lemah dan ditambah dengan peningkatan kos barangan tersebut, jadi rakyat terpaksa barang tersebut dengan harga mahal,” katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Tahunan Parti Berjasa di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Kaedah tersebut, kata Dr. Mahthir, terbukti berjaya apabila berjaya menyelamatkan Malaysia daripada terjerumus daripada krisis mata wang dunia sekitar tahun 1997 hingga 1998, yang mana kebanyakan mata wang dunia susut nilai akibat tindakan yang dilakukan penyangak mata wang.

Beliau menjangkakan RM akan terus susut sekiranya kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) tidak melaksanakan kaedah tersebut memandangkan USD semakin mengukuh.

“Malah Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1998 mengiktiraf kaedah yang dilakukan Malaysia pada waktu itu adalah cara terbaik bagi mengelak RM daripada terus susut.

“Jadi, saya tak faham apabila ada pihak dalam negara ini mengatakan bahawa menambat RM merupakan bukan cara terbaik bagi elak RM menyusut.

“Rakyat semakin susah dan tertekan dengan penyusutan ini. Harap ada tindakan segera daripada kerajaan,” tegasnya.

Mengikut pasaran penukaran mata wang pada hari ini, RM adalah RM4.78 berbanding 1USD. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI