fbpx
SITI Saleha mengakui, jika bukan komitmen kerja, kehidupan peribadinya tidak terlalu bergantung kepada media sosial.

Siti Saleha belum nak kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM kerancakan wawancara sidang ‘junket’ siri terbaharu Prime Video Malaysia, That Cover Girl baru-baru ini, hero Siti Saleha dalam naskhah tersebut, Hisyam Hamid tiba-tiba sahaja membocorkan satu rahsia tentang kehadiran teman lelaki wanita itu iaitu Joshua Fitton dalam acara berkenaan.

Joshua tidak datang dengan tangan kosong, bahkan memunculkan diri dengan sejambak bunga sebagai tanda sokongan buat kekasih hatinya yang merupakan bintang utama karya arahan Abid Hussain tersebut.

“Kalian tak tahu ke, tadi Joshua datang. Siap dengan bunga bagi Sally (panggilan buat Saleha),” ujar Hisyam mengusik Saleha yang memainkan karakter sebagai Sofi dalam siri berkenaan.

Memanfaatkan situasi ceria tanpa terduga, HibGlam terus melayangkan pertanyaan kepada pemilik nama lengkap, Siti Saleha Mohd. Baharum itu tentang ‘perkembangan’ percintaannya dengan si pereka fesyen terkenal itu.

Berstatus janda, Siti Saleha enggan tergesa-gesa berkahwin dengan kekasih hati Joshua yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal tanah air.

‘Belum nak kahwin’

Ditebak pertanyaan sama ada sudah ada perancangan untuk membawa kudus hubungan ke fasa yang lebih serius, Sally tersenyum, namun tidak mengelak untuk menjawab kesahihan realiti hubungannnya dengan Joshua.

“No (belum ada). Taking things slow (kami melalui sebuah hubungan yang bergerak secara perlahan-lahan).

“Chill chill je (tenang-tenang sahaja),” ujar Sally yang mula bercakap secara terbuka tentang hubungan cintanya dengan lelaki itu sejak sekitar setahun lalu.

Barangkali, tidak mahu tergesa-gesa mematri cinta dengan status suami isteri, Sally belajar daripada kegagalan perkahwinan lama yang sempat bertahan hanya lima tahun.

Siti Saleha atau mesra disapa sebagai Sally berkata, hubungannya dengan Joshua (kanan) berada pada landasan terbaik, namun belum bersedia untuk terikat status suami isteri.

Seyogia atau selayak cintanya sekarang bersemi indah, namun pengalaman lampau mengajar wanita kelahiran Basildon, England itu tidak terlalu bercerita dan mencanang perihal peribadi secara melulu.

Sebelum diasak soal percintaan dalam kehidupan realiti, dia sempat melantunkan kata tentang tanggungjawab yang digalas dalam That Cover Girl sebagai Sofi.

Kata Sally, watak Sofi berbanding keperibadian sebenarnya dalam kehidupan sebenar sangat berbeza.

Perkara itu menjadi satu cabaran yang sangat besar untuk dilunaskan dalam drama tersebut.

“Sofi merupakan seorang usahawan yang sangat berjaya dan dia sangat bergantung kepada media sosial.

SITI SALEHA kini muncul dengan watak utama bernama Sofi dalam drama terbaharu Prime Video, That Cover Girl.
– AMIN AZMAN & INSTAGRAM SITI SALEHA

Toksik media sosial

“Media sosial memang penting tapi kena berjaga-jagalah sebab macam saya cakap, saya bukan Sofi dan tidak ‘daring’ seperti dia.

“Sofi sejenis yang main muat naik apa sahaja dalam media sosial dan fikir akibatnya kemudian hari,” katanya.

Jelas Sally, kalau dalam kehidupan realiti, ada banyak fasa perlu dilaluinya sebelum sesebuah hantaran itu dikongsikan kepada khalayak.

“Kalau saya nak muat naik sesuatu dalam media sosial, saya akan tanya orang dahulu. Saya akan fikir dua tiga kali.

“Ada orang yang mahu relevan dalam industri menjadikan media sosial sebagai sebahagian daripada kehidupan tetapi saya tidak suka menggunakan publisiti murahan. Itu bukan cara saya.

“Kalau guna sedikit publisiti itupun janganlah secara berlebih-lebihan. Sikit bolehlah,” jelasnya seraya berseloroh.

Tambahnya, di setiap inci pelosok dunia sekarang sememangnya memerlukan media sosial untuk suara didengari, menjual produk dan sebagainya.

“Inilah realiti dunia sekarang. Dunia digital di mana semua orang ada akaun media sosial.

“Walaupun sekarang dengan isu semasa dan sebagainya, saya tidak mahu jadi sebahagian daripadanya. Sebetulnya, kita tak boleh lari daripada semua ini.

“Apatah lagi, kalau kita orang yang dikenali. Kita ada tanggungjawab masing-masing. Macam saya sebagai seorang pelakon yang kadang-kadang mewakili jenama yang ingin promosikan sesuatu, nak tak nak, memang kena berada dalam dunia ini (media sosial),” ulasnya.

Naskhah That Cover Girl yang dibarisi pelakon hebat seperti Hisyam sebagai Arif, Aiman Hakim Ridza (Darius) dan Alicia Amin (Laila) kini boleh ditonton menerusi penstriman over the top (OTT), Prime Video Malaysia.

Memberi analogi, sekiranya dia menghilang dalam tempoh tertentu dalam media sosial, pasti ramai akan ‘berbunyi’ berteka-teki atau berspekulasi tentang punca tindakan sedemikian.

“Saya hilang seminggu daripada media sosial peminat dah tanya macam-macam. Saya macam, ‘rileks saya okey’. Tapi saya faham orang ramai prihatin sebab kita orang dikenali.

“Kalau nak kongsi perihal kerja, saya tiada masalah tapi kalau setiap benda nak ‘post’ dalam media sosial atau bangkitkan isu sensasi, itu bukan saya. Sangat berbeza dengan Sofi. Masak sarapan dengan suami pun, semua benda dia tunjuk di medsos. I’m not like that (saya bukan begitu).

“Kalau mood saya ‘off’, saya memang takkan ada dalam media sosial sebab saya tak boleh menipu,” jelasnya.

Naskhah That Cover Girl yang dibarisi pelakon hebat seperti Hisyam sebagai Arif, Aiman Hakim Ridza (Darius) dan Alicia Amin (Laila) kini boleh ditonton menerusi penstriman over the top (OTT), Prime Video Malaysia.

Siri tersebut mengisahkan seorang wanita dengan imej Muslimah moden bernama Sofi yang mengusahakan perniagaan dan berdepan pelbagai cabaran dan risiko terutama melibatkan empayar bisnes.

SITI Saleha dan Hisyam bergandingan sebagai hero dan heroin dalam That Cover Girl.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN