fbpx

Separuh rakyat Malaysia tiada simpanan RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RASHEED (depan dua dari kiri) beramah mesra dengan peserta FEN PROAKTIF bersempena program Celik Kewangan Johor di Aeon Mall Kulaijaya, Kulai, hari ini.

KULAI – Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Abdul Rasheed Ghaffour memaklumkan hampir separuh rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 bagi tujuan kecemasan.

Katanya, berdasarkan kaji selidik Rangkuman dan Keupayaan Kewangan yang dijalankan sejak 2015 juga mendapati satu daripada tiga rakyat kita tidak berminat untuk ambil tahu mengenai insurans dan takaful.

“Alhamdulillah, kaji selidik ini telah menunjukkan peningkatan yang konsisten dalam tahap pengetahuan kewangan rakyat Malaysia sejak tahun 2015.

“Walaubagaimanapun, apa yang membimbangkan ialah peningkatan pengetahuan dalam kalangan rakyat Malaysia masih tidak seiring dengan sikap dan amalan pengurusan kewangan mereka.

“Statistik Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) pula menunjukkan ramai yang terpaksa berhutang apabila memerlukan wang di waktu menghadapi kecemasan,” katanya semasa berucap pada Perasmian Karnival Celik Kewangan Johor di Aeon Mall Kulaijaya, di sini hari ini.

Abdul Rasheed menambah, kajian itu turut menunjukkan satu daripada tiga rakyat Malaysia merasa terbeban dengan hutang, walaupun kebanyakan daripada mereka tergolong dalam kalangan yang mempunyai pendapatan berpatutan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI