fbpx

Badrul Muhayat hembus nafas terakhir dalam tidur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Anne Abdullah memaklumkan arwah Badrul Muhayat meninggal dunia ketika dalam tidur.

PETALING JAYA – Pelakon Anne Abdullah memaklumkan Allahyarham Badrul Muhayat telah meninggal dunia semasa tidur di sebuah inap desa di Pulau Pinang dan berita duka itu diberitahu oleh pelakon, Aida Aris yang berada di lokasi kejadian.

Kata Anne sewaktu dihubungi Kosmo! Online menerusi aplikasi WhatsApp, isteri kepada arwah, Nohayati Zulkaply pada awalnya mahu mengejutkan suaminya daripada tidur, namun pelakon itu tidak bergerak (bangun).

“Saya tidak berada di sana (Pulau Pinang). Saya dimaklumkan oleh pelakon Aida Aris yang tinggal di inap desa sama dengan arwah dan juga isterinya.

“Pagi tadi isteri arwah cuba kejutkan dia daripada tidur, tetapi tidak bangun. Ambulan yang datang telah memberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tidak berjaya. Arwah kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” kata Anne.

Tambah pelakon itu lagi, difahamkan isteri kepada Badrul kini berada di balai polis untuk membuat laporan tentang kematian mengejut suaminya itu.

“Isteri arwah kini berada di balai polis untuk membuat laporan. Apa-apa saya akan maklumkan perkembangan terkini,” katanya

Hari ini, dunia hiburan sekali lagi dikejutkan dengan pemergiaan pelakon senior, Badrul Muhayat yang dilaporkan meninggal dunia di sebuah inap desa di Pulau Pinang.

Badrul yang terkenal menerusi filem Harry Boy meninggal dunia pada usia 55 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI