fbpx

Konflik Palestin-Israel: Pasangan Cristiano Ronaldo sertai solidariti global bersama Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lebih banyak suara menyertai gerakan solidariti global yang menuntut penamatan perang Israel ke atas Gaza. - Palestine Chronicle

WASHINGTON – Pasangan kepada pemain bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo menyatakan solidariti terhadap kanak-kanak Palestin dalam akaun Instagramnya, lapor saluran berita Palestine Chronicle semalam.

Georgina Rodriguez, yang merupakan seorang model dan pesohor media sosial Sepanyol, telah berkongsi gambar kanak-kanak Palestin dan Israel baru-baru ini.

Salah satu gambar yang dikongsikan memaparkan seorang kanak-kanak perempuan Palestin memegang patung haiwan sambil berdiri di atas runtuhan rumahnya yang musnah akibat serangan udara Israel.

Rodriguez meletakkan emoji keamanan di sebelah gambar tersebut.

Walaupun dilihat mengambil sikap ‘seimbang’ berkaitan perang, Rodriguez telah menyatakan solidaritinya terhadap Palestin pada masa lalu.

Ketika Israel menyerang Semenanjung Gaza pada 9 Mei 2021, Rodriguez berkongsi hantaran di Facebook dengan kapsyen ‘Berdoa untuk Palestin’, disertai gambar bendera Palestin.

Dalam pada itu, seorang pelawak terkenal, Dave Chappelle turut berkongsi pendapatnya mengenai perang Palestin-Israel semasa pertunjukan secara langsung di Boston baru-baru ini.

Chapelle mengkritik kempen pengeboman Israel yang menghancurkan Gaza serta kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang memberi bantuan kewangan, politik dan ketenteraan terbesar kepada Rejim Zionis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI