fbpx

Tze Yong ke suku akhir, Zii Jia tersingkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TZE YONG menampilkan perlawanan cukup baik ketika bersaing di Terbuka Perancis

JAGUH perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong mempamerkan aksi cukup cemerlang pada Terbuka Perancis selepas berjaya melangkah mara ke pentas suku akhir kejohanan tersebut selepas menewaskan wakil tuan rumah, Arnaud Merkle.

Pada perlawanan tersebut, Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-18 dunia dilihat tidak memberi muka kepada Merkle apabila tampil garang sebelum melakar kemenangan straight set 21-19, 21-8 sebentar tadi.

Set pertama perlawanan agak sengit, apabila Merkles berjaya mengejar Tze Yong biarpun pada mulanya pemain muda negara itu tampil agresif pada awal saingan.

Bagaimanapun, pada set kedua, Tze Yong enggan mengheret perlawanan tersebut terlalu panjang sebelum membenam pemain ranking ke-44 dunia itu dengan keputusan 21-8.

Sementara itu, nasib berbeza menimpa seorang lagi pemain perseorangan lelaki negara apabila Lee Zii Jia terkandas di pusingan kedua kejohanan tersebut di tangan jaguh China, Li Shi Feng.

Zii Jia yang tampil cemerlang dengan menewaskan pemain China, Weng Hong Yang lewat malam semalam tidak dapat membawa momentum terbaik itu selepas tunduk kepada Shi Feng dengan keputusan 21-17, 11-21, 12-21 di Arena Glaz. 

Keputusan tersebut menyebabkan perjalanan Zii Jia terhenti di pusingan kedua Terbuka Perancis dan menyaksikan Shi Feng melebarkan rekod kemenangan dengan 3-2 ke atas Zii Jia. 

Kali terakhir mereka bertemu Terbuka Swiss pada Mac lalu yang mana kemenangan memihak kepada Zii Jia juga dalam pertarungan tiga set.  -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI