fbpx

[VIDEO] Tiga maut, seorang parah nahas di Kuala Kubu Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Avanza dan Perodua Axia selepas terlibat dalam nahas pagi tadi.

HULU SELANGOR – Tiga maut manakala seorang wanita cedera parah selepas terbabit dalam nahas jalan raya dua kenderaan berhampiran Serendah Golf Resort, Jalan Kuala Kubu Bharu Rawang-Bukit Beruntung, di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK II), Mohd Yusof Md. Ali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.06 pagi.

Katanya, seramai 11 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan BBP Rawang dikerahkan untuk ke lokasi.

“Kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu Toyota Avanza Perodua Axia yang membabitkan empat mangsa.

“Lelaki yang menaiki Avanza disahkan maut manakala seorang wanita cedera parah.

“Sementara itu, kedua-dua mangsa lelaki dan wanita menaiki Perodua Axia maut ditempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, mangsa wanita yang parah diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

“Kita masih lagi dalam proses mengeluarkan tiga mangsa yang telah disahkan meninggal dunia,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI