fbpx

[VIDEO] Makan roti canai, ramai terhibur aksi peniaga bergendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian di TikTok, milik Yusoff.

PETALING JAYA – Kelainan dipamerkan seorang peniaga roti canai di Sarikei, Sarawak yang melakukan aksi seperti bermain gendang memukau orang ramai termasuk pengguna media sosial.

Perkara itu dikongsikan peniaga itu sendiri iaitu Yusoff yang mempunyai seramai 28,000 pengikut di TikTok baru-baru ini.

Menerusi rakaman video itu, Yusoff dilihat seakan bergendang ketika menepuk roti canai sambil disaksikan pelanggan yang sedang menikmati sarapan.

Malah ada pelanggan yang tidak mahu ketinggalan merakam gelagat Yusoff yang seolah-olah sedang membuat persembahan.

Pelbagai reaksi dibuat netizen berhubung aksi bersahaja peniaga tersebut.

“Patut ‘order’ (pesan) pukul 9 tadi tak sampai-sampai, rupanya tengah bertepuk-tepuk dulu,” kata Beyjam.

“Dengar kata sampai sekarang pelanggan masih tunggu roti canai tak dapat lagi,” seloroh Zaraza Izahra. – KOSMO! ONLINE

@yusop5546 #fyp ♬ original sound – yusopres

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI