fbpx

K2

Lelaki lebih mulia, tinggi darjatnya daripada wanita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UMAT Islam perlu mengelak daripada perbalahan dalam menentukan golongan lelaki atau wanita lebih mulia. – Gambar hiasan

Sekiranya membaca surah ­al-Nisa’, pasti kita akan menemui satu ayat yang menggambarkan bahawa lelaki lebih tinggi taraf dan darjatnya daripada wanita. Mengapakah begitu? Bukankah ini diskriminasi gender?

JAWAPAN: Pertamanya, memang benar ayat al-Quran yang menyatakan sedemikian iaitu ayat 34 surah al-Nisa’:
Maksudnya: “Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan golongan lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas golongan wanita dan juga kerana golongan lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”

Kedua, tidak benar jika dikatakan ayat ini adalah diskriminasi gender.

Hal ini kerana objektif ayat ini bukanlah menerangkan bahawa lelaki lebih mulia atau tinggi kedudukannya daripada wanita, sebaliknya menerangkan perihal tanggungjawab dan peranan yang dibebankan ke atas mereka berbanding wanita.

Sebaiknya, kita tidak berbalah dalam menentukan individu yang lebih baik antara lelaki atau wanita.

Sebaliknya, jalankanlah amanah dan tanggungjawab masing-masing sejajar dengan kelebihan yang Allah SWT kurniakan kepada kita, sesuai dengan gender dan sifat masing-masing.

Dalam ayat lain, Allah SWT menegaskan, mereka paling mulia disisi-Nya adalah yang paling bertakwa, seperti firman-Nya: Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat :13)Wallahu’aklam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI