fbpx

Wan Saiful didakwa lagi kes pengubahan wang haram RM5.59 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen hari ini. Foto oleh M.FIRDAUS M.JOHARI/KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 18 pertuduhan pengubahan wang haram RM5.59 juta.

Bagaimananapun Wan Saiful, 48, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata tertuduh.

Bagi kesemua 18 pertuduhan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613]).

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta, mengikut mana lebih tinggi.

Semalam menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya Wan Saiful menyatakan diminta hadir ke mahkamah pukul 8.30 pagi hari ini.

“Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan yakin mahkamah tempat terbaik untuk mendapatkan keadilan. Saya berterima kasih kepada pegawai SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) yang menyoal siasat saya dengan berhemah,” antara katanya dalam laman Facebook itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 21 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Wan Saiful turut didakwa meminta rasuah berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan.

Bagi pertuduhan pertama, Wan Saiful didakwa meminta rasuah sekitar bulan April 2022 di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini.

Pertuduhan kedua, Wan Saiful didakwa menerima RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya, WSA Advisory Group Sdn. Bhd. daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn. Bhd.

Tertuduh didakwa menerima upah bagi membantu Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut yang bernilai RM232 juta.

Wan Saiful didakwa melakukan perbuatan itu di antara 8 Julai 2022 dan 30 September 2022 di CIMB Bank Cawangan Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Bukit Tunku di sini.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 ang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 29 Mei lalu, Wan Saiful memfailkan permohonan untuk membatalkan dua pertuduhan dengan alasan pertuduhan dikemukakan ke atasnya adalah cacat tetapi ditolak mahkamah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI