fbpx

UCL: Xavi resah hilang pemain tonggak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI dan beberapa lagi pemain utama lain tidak dapat membantu Barcelona ekoran berdepan masalah kecederaan. - AFP

BARCELONA – Isu kecederaan pemain utama memaksa pengendali Barcelona, Xavi mencari idea baharu untuk mengekalkan rekod bersih di Liga Juara-Juara pada aksi ketiga Kumpulan H bertemu Shakhtar Donetsk, awal pagi esok.

Kredibilitinya pasti teruji untuk merangka perancangan terbaik ketika The Catalans itu sudah pun kehilangan khidmat Jules Kounde, Sergi Roberto, Robert Lewandowski, Frenkie de Jong, Pedri dan Raphinha.

“Kounde tidak dapat kembali pada masanya, manakala situasi Sergio Roberto juga hampir sama. Selebihnya adalah bergantung kepada apa yang mereka rasakan.

“Apabila bermain di tempat sendiri, sudah pasti kami mahu memenangi perlawanan ini, namun adalah sangat penting untuk kami tidak lagi dihimpit kecederaan baharu,” katanya.

Barcelona yang memulakan kempen musim ini dengan membelasah Royal Antwerp 5-0 kini sedang memimpin pencabar lain Kumpulan H, raih mata maksimum daripada dua perlawanan dan kekal tanpa bolos.

Berdasarkan prestasi semasa, Xavi masih lagi mampu tersenyum kerana turut kekal tanpa kalah dalam saingan domestik dan kemahuan sama akan diteruskan pada aksi dengan Shakhtar Donetsk.

Barcelona kini turut memburu kemenangan bersih di semua tiga aksi di tempat lawan sekaligus mencerahkan peluang untuk cuba melepasi peringkat kumpulan buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI