fbpx

Lelaki maut kereta jatuh gaung hantar anak ke tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dinaiki mangsa yang terbabas dan jatuh di dalam gaung di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter di Jalan Barat, Felda Keratong 4, Muadzam Shah di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintenden Mohd. Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu berlaku ketika mangsa, Muhamad Rizaidil Benjamin, 30, dalam perjalanan menghantar anaknya ke tadika dari Felda Keratong 4 ke Kampung Rekoh Baru.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Wira dipandu mangsa terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan terjatuh ke dalam gaung setinggi lebih kurang 10 meter.

“Akibat kemalangan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang kanak-kanak berumur enam tahun lebam di bahagian kepala,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mangsa yang maut dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu kataya siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan berbukit dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan cuaca baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI