fbpx

Langit hijau di Sungai Besar kerana lampu bot pukat cerut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara contoh lampu bot pukat cerut itu.

SABAK BERNAM – Kejadian ruang udara disinari warna hijau di sekitar Sungai Besar di sini, semalam berpunca lampu bot pukat cerut yang digunakan bagi menangkap ikan dan sotong.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Selangor, Omar Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah mengesahkan perkara itu dengan Persatuan Nelayan Kawasan Sungai Besar.

Katanya, lampu itu digunakan nelayan bagi menarik perhatian ikan dan sotong memasuki pukat tersebut.

“Lampu hijau pada bot itu kebiasaannya berfungsi untuk dipancarkan ke kawasan dasar laut. Keadaan itu mungkin menyebabkan sinarannya naik hingga menjadikan langit kelihatan hijau,” katanya ketika ditemui hari ini.

Tambah Omar, perkara itu dianggap biasa dan bukannya fenonema luar jangka dan berharap orang ramai supaya tidak bimbang kerana ia tidak membahayakan manusia.

“Kaedah itu hanya digunakan nelayan bagi mendapatkan hasil tangkapan laut,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan fenomena sebahagian ruang udara disinari warna hijau itu malam tadi mencetuskan tanda tanya kepada penduduk setempat.

Gambar itu dipercayai dirakam seorang individu di sebuah taman perumahan dan kemudian memuat naiknya di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI