fbpx

Konflik Palestin-Israel: 700 nyawa terkorban dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki meratapi kematian semua ahli keluarganya yang terkorban dalam serangan udara askar Israel di Khan Yunis, semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Kementerian Kesihatan di Gaza menyatakan bahawa lebih 700 orang terkorban dalam serangan udara askar Rejim Zionis semalam, menjadikannya angka kematian tertinggi yang direkodkan dalam masa satu hari sejak pencerobohan Israel bermula 7 Oktober lalu, lapor agensi berita United Press International.

Jurucakap kementerian, Dr. Ashraf Al-Qudra berkata, 704 penduduk Palestin termasuk 305 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh 24 jam.

Ia menjadikan angka korban keseluruhan setakat ini kepada 5,791.

Turut terkorban ialah 65 petugas kesihatan.

“Kementerian Kesihatan mengumumkan hospital di Semenanjung Gaza lumpuh sepenuhnya. “Pintu hospital tetap terbuka, namun tidak bermakna mereka (kakitangan kesihatan) mampu menyediakan perkhidmatan kepada mangsa yang cedera,” kata Ashraf.

Sementara itu, Pasukan Pertahanan Israel berkata, ia menyerang lebih 400 kedudukan di Gaza semalaman yang didakwa digunakan oleh kumpulan Hamas. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI