fbpx

Dewan Rakyat: Timbalan Menteri Kerja Raya dapat pujian ‘melambung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahman pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad mendapat pujian ekoran kemampuannya menjawab setiap soalan dengan cemerlang.

Ketika sidang Dewan Rakyat, pagi ini, Ahli Parlimen Jerantut, Khairil Nizam Khirudin sempat memuji Abdul Rahman yang disifatkan bijak menjawab soalan termasuk daripada pihak pembangkang.

Malah sambil berseloroh, beliau turut bersetuju jika Abdul Rahman diangkat sebagai menteri di masa akan datang.

“Terima kasih kepada Timbalan Menteri yang sentiasa menjawab soalan dengan cemerlang daripada rakan-rakan pembangkang.

“Kita harapkan Tambun (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh pertimbangkan untuk beliau ‘upgrade’ jadi menteri kalau ada rombakan nanti.

“Tapi jangan bimbang, kalau nak jadi menteri boleh datang ke sini (Jerantut), insya-Allah. Gurau saja,” usiknya.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah turut bersetuju dengan kenyataan Khairil Nizam ketika bangkit untuk mengusulkan soalan tambahan.

“Setuju dengan pandangan Yang Berhormat. Timbalan Menteri bagus jawapannya, macam Menteri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI