fbpx

Dewan Rakyat: Kerajaan akan pastikan rakyat yang layak sahaja dapat subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Langkah penyasaran semula subsidi penting untuk memastikan hanya rakyat yang benar-benar layak sahaja menerima subsidi selain mengukuhkan kedudukan fiskal.

Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd. Nasir mewakili Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, ia susulan usaha kerajaan dalam memastikan jaminan makanan rakyat dalam keadaan stabil.

Jelasnya, ia seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang akan dilakukan pada tahun hadapan.

“Terdapat usaha meningkatkan bekalan dan jaminan makanan untuk rakyat berhadapan dengan impak jangkaan inflasi sekitar 2.1 peratus hingga 3.6 peratus pada tahun 2024.

“Sebagai contoh, kita juga lihat usaha kerajaan melaksanakan inisiatif usahawan tani di bawah inisiatif pendapatan rakyat yang bertindak sebagai serampang dua mata bagi memastikan kumpulan sasaran mempunyai pendapatan mencukupi.

“Tetapi pada masa sama, kita kena pastikan bekalan untuk tahun hadapan adalah lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Bakar tentang kenaikan harga barang akibat rasionalisasi harga diesel pada tahun hadapan, di Dewan Rakyat, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI