fbpx

Padah berlabuh secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Angota Maritim Selangor sedang melakukan pemeriksaan tehadap kru kapal kargo yang berlabuh secara haram di Tanjong Karang.

KUALA SELANGOR – Tindakan sebuah kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran membawa padah apabila ditahan kira-kira 24 batu nautika barat daya Sungai Burung, Tanjong Karang, semalam.

Penahanan kapal yang dalam perjalanan ke Singapura dari Mesir itu dilakukan kira-kira 6.50 petang oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd. Sharenliza Ghazali berkata, Pusat Kawalan Kawasan (ACC) Sistem Pengawasan Maritim Laut Malaysia (SWASLA) Klang terdahulu mengesan kedudukan kapal itu dalam mencurigakan.

Katanya, pihak Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan, kapal kargo itu tidak mempunyai kebenaran bersauh daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Hasil pemeriksaan, terdapat 23 kru termasuk nakhoda merupakan warga Rusia dan Ukraine yang berusia 23 hingga 58 tahun mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh, ” katanya hari ini.

Justeru katanya, mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

Tambah Mohd. Sharenliza, perintah penahanan ke atas kapal tersebut telah dikeluarkan dan kepten serta seorang kru kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Selangor untuk siasatan lanjut.

“Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan tindakan sewajarnya akan diambil demi memastikan kesejahteraan perairan khususnya perairan negeri ini sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI