fbpx

Himpunan aman: Dilarang bawa kayu, sepanduk ketika konvoi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ mengangkat sepanduk masing-masing sebagai tanda tentangan terhadap keganasan rejim Zionis terhadap penduduk Palestin. - Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis mengesan beberapa tindakan menyalahi undang-undang membabitkan peserta konvoi motosikal yang mengikuti perhimpunan aman di ibu negara, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, teguran tersebut dibuat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kata beliau, pihaknya ada mengesan beberapa individu yang menyertai perhimpunan menaiki motosikal sambil membawa sepanduk serta batang kayu.

“Tindakan membawa dan mengibarkan sepanduk semasa menaiki motosikal adalah perbuatan menyalahi undang-undang kerana ia boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Justeru itu, kita tetap melaksanakan operasi lalu lintas di sekitar ibu negara bagi memastikan orang ramai patuh undang-undang khusunya peraturan jalan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jelas Allaudeen, terdapat beberapa pihak mengadakan perhimpunan di sekitar ibu negara sepanjang minggu ini.

“Kita sedia maklum mengenai kebebasan untuk berhimpun, namun ia perlu dibuat mengikut lunas undang-undang sedia ada.

“Ada di antara mereka (penganjur) membuat pemakluman kepada kami (mengenai penganjuran perhimpunan, namun ramai (penganjur) yang tidak memaklumkan apa-apa,” katanya.

Mengulas mengenai Himpunan Satu Juta Malaysia bersama Palestin yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, pihaknya sudah membuat segala persiapan bagi memastikan kelancaran perhimpunan terbabit.

“Persiapan untuk himpunan malam ini di Arena Axiata, malam ini, sudah digerakkan terutama oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI