fbpx

Konflik Palestin-Israel: Iraq beri amaran gangguan eksport minyak global

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skin besar memamaparkan al-Sudani berucap semasa Sidang Kemuncak Keamanan Antarabangsa di Ibu Kota Pentadbiran (NAC) Mesir kelmarin. - AFP

KAHERAH – Perdana Menteri Iraq, Mohammed Shia Al-Sudani memberi amaran bahawa eksport bekalan minyak Asia Barat ke pasaran global akan terganggu jika perang Israel-Hamas memuncak sehingga melibatkan negara lain di rantau tersebut, lapor laman berita RT.

“Konflik itu akan menjejaskan keselamatan global, meningkatkan konflik serantau, menjejaskan bekalan tenaga, memburukkan lagi krisis ekonomi dan mengundang konflik selanjutnya,” kata  Al-Sudani pada sidang kemuncak keamanan di Kaherah kelmarin.

Justeru, beliau menggesa gencatan senjata segera dan pertukaran tahanan antara kedua-dua pihak untuk menamatkan pertumpahan darah akibat konflik tersebut. 

Beliau juga menentang saranan untuk membawa keluar orang awam dari Semenanjung Gaza di tengah-tengah pengeboman Israel dengan berkata: “Rakyat Palestin tidak mempunyai tempat lain selain tanah air mereka.”

Amaran Al-Sudani dikeluarkan di tengah-tengah kebimbangan bahawa negara-negara Asia Barat memutuskan untuk menghentikan eksport minyak ke Barat sebagai tindak balas kepada serangan Israel di Gaza.

Menteri Luar Iran, Hossein Amir-Abdollahian mengejutkan pasaran tenaga Rabu lalu apabila beliau menggesa negara-negara Islam untuk mengenakan sekatan eksport minyak dengan kadar segera dan menyeluruh ke atas Israel.

Kira-kira satu pertiga daripada penghantaran minyak dunia menggunakan jalan laut melalui Selat Hormuz di Iran yang menghubungkan Teluk Parsi ke Teluk Oman dan Laut Arab. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI