fbpx

Dua mekanik bawa pil kuda bernilai setengah juta dicekup ketika tunggu pelanggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (dua kanan) menunjukkan sebahagian pil kuda yang dirampas pada sidang akhbar di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!

KOTA BHARU – Dua orang mekanik disyaki pengedar sebanyak 54,000 biji pil kuda bernilai RM594,000 dicekup ketika sedang menunggu pelanggan mereka di Jalan Sultan Yahya Petra di sini kelmarin.

Kedua-dua lelaki berusia 19 dan 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan semasa berada di atas sebuah motosikal kira-kira pukul 9.55 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, pemeriksaan di bahagian depan motosikal berkenaan menjumpai bungkusan seberat 7.2 kilogram yang berisi 54,000 biji pil kuda.

Menurutnya, kedua-dua suspek dipercayai sedang menunggu pelanggan untuk menyerahkan kesemua dadah tersebut.

“Dua lelaki itu bekerja di bengkel sama dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah selain tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan rekod lampau.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan sama ada mereka mempunyai kaitan dengan sindiket pengedaran dadah yang lain atau sebaliknya,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek semasa kejadian turut disita untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, dua mekanik itu direman selama tujuh bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI