fbpx
Gambar hiasan

‘Yuran daftar dua anak RM4,000, sebulan kena sediakan RM1,000’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Rata-rata ibu bapa menyokong cadangan supaya kerajaan mewujudkan harga siling bagi yuran taska dan tadika swasta bagi mengurangkan bebanan terutama bagi golongan B40 dan M40.

Kakitangan kerajaan, Zainulfaqar Yaacob, 40, berkata, yuran pendaftaran dan bulanan tadika serta taska swasta untuk dua anaknya melonjak selepas pandemik Covid-19.

Katanya, dia membelanjakan RM4,000 untuk dua anaknya berusia lima dan tiga tahun pada sesi awal persekolahan diikuti RM1,000 setiap bulan.

“Saya mempunyai sebab menghantar anak berusia lima tahun ke tadika swasta disebabkan dia menghadapi masalah ‘speech delay’ dan perlu belajar dalam bahasa Inggeris seperti yang disarankan.

“Memang terkesan dan kenaikan berlaku disebabkan pihak sekolah mahu menampung kos operasi setelah terkesan dengan pandemik,” ujarnya.

Menurut Zainulfaqar, ramai ibu bapa menarik diri daripada terus menghantar anak-anak ke tadika atau taska swasta kerana desakan kos sara hidup.

Justeru, dia mencadangkan agar kerajaan memperluaskan sistem sokongan pendidikan sedia ada sekali gus menambah ­baik prasarana dan infrastruktur terutama di prasekolah.

Sementara itu, di Shah Alam, Nur Bashariah Ismail, 33, berkata, yuran anak lelakinya berusia lima tahun naik RM130 menjadikan bayaran baharu RM580 de­ngan alasan hendak kekalkan gaji guru.

“Walaupun terbeban saya reda demi keperluan anak. Saya tidak kisah berbayar asalkan berbaloi dengan perkembangan mindanya.

“Lagipun benda ini pilihan. Saya gembira lihat anak boleh mengaji higga iqra’ 6,” katanya.

Ibu kepada dua anak itu bagaimanapun bersyukur apabila pihak pengurusan menye­diakan makanan lima kali berban­ding tiga kali sebelum ini.

“Tadika tersebut berdaftar dan mempunyai perkhidmatan sekali penjagaan. Jadi, saya pun tidak bimbang apabila tadika itu mempunyai persekitaran yang selesa dan selamat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN