fbpx

[VIDEO] Empat kampung, satu perumahan di Sik dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM dalam operasi memindahkan mangsa banjir kilat di Sik, malam ini.

SIK – Empat buah kampung serta satu kawasan perumahan di mukim Sik dan Sok dilanda banjir kilat akibat hujan berterusan sejak pukul 4 petang tadi.

Kawasan terjejas adalah Kampung Banggol Kiat, Kampung Jerai dan Taman Dedap di mukim Sik manakala di mukim Sok pula melibatkan Kampung Pinang dan Kampung Surau.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd. Napiah berkata, kawasan tersebut mula dinaiki air pada pukul 6.20 petang tadi.

Anggota APM dalam operasi memindahkan mangsa banjir kilat di Sik, malam ini.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) terus melakukan pemantauan di lokasi terjejas.

“Dua penduduk berpindah ke Balai Islam Kampung Jerai kira-kira pukul 8 malam tadi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, anggota APM juga memberi respon kepada beberapa mangsa yang terperangkap di Kampung Jerai.

Tambahnya, sebanyak lima rumah terjejas di Kampung Jerai manakala jumlah rumah yang terjejas di kampung lain masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI