fbpx

Cuaca bakal cabar Damok kuasai Litar Phillip Island

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMOK bakal memulakan saingan di petak ke-19 pada saingan Moto3 pada saingan GP Australia hari ini.

CUACA tidak menentu bakal menjadi cabaran kepada pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman apabila perlumbaan Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu diramalkan hujan di Litar Phillip Island hari ini.

Pada sesi kelayakan kelas Moto3 di Grand Prix (GP) Australia semalam, Damok terpaksa menempuh kesukaran mengawal jentera apabila berdepan angin yang mencabar di Phillip Island.

Bagaimanapun, Syarifuddin atau dikenali sebagai Damok berkata, dia berpuas hati dengan prestasinya apabila hampir untuk lolos ke kelayakan kedua sebelum terpaksa berpuas hati menamatkan sesi kelayakan tersebut tempat ke-19 keseluruhan.

Pada kelayakan pertama itu, Damok mencatat masa kelima terpantas dengan catatan satu minit 37.779 saat (s) dan hanya dipisahkan 0.241s dengan pelumba KTM, Daniel Holgado yang mencatat masa terpantas kelayakan tersebut.

Sementara itu, pelumba Jepun, Ayumu Sasaki dari pasukan Liqui Moly Husqvarna Intact GP akan memulakan saingan di baris hadapan dan diekori pelumba CFMoto, Joel Kelso dan Stefano Nepa dari Angeluss MTA Team.

“Pada sesi kelayakan tadi, saya hampir untuk ke kelayakan kedua (Q2), tetapi ada pelumba hadapan mengalami masalah dan hampir terjatuh.

“Ia sedikit mengganggu rentak tunggangan saya pada kelayakan itu. Apapun saya gembira kerana dapat tingkatkan catatan masa di sini.

“Saya perlu kekal fokus dan memberikan 100 peratus pada perlumbaan sebenar nanti. Perlumbaan esok (hari ini) dijangkakan hujan dan angin yang kuat.

“Saya perlu lebih fokus kerana perlumbaan esok mungkin mencabar terutama keadaan cuaca mencabar ini. Saya harap segalanya berjalan lancar dan terima kasih kepada pasukan saya yang bertungkus-lumus menyiapkan jentera saya pada hari ini,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI