fbpx

Piala Malaysia: Terengganu mula pasang perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain TFC giat menjalani latihan sebelum aksi separuh akhir Piala Malaysia menentang KL City esok. - Foto ihsan TFC

TERENGGANU FC (TFC) sudah mula berkira-kira untuk menamatkan musim ini dengan sekurang-kurangnya satu piala dengan menjadikan Piala Malaysia sebagai sasaran paling relevan.

Bakal berkunjung ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada separuh akhir pertama Piala Malaysia, malam esok, pengendali TFC, Tomislav Steinbruckner sudah mula merangka ‘resipi’ terbaik termasuk menyiapkan pemain jika penentuan slot final terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

“Apabila melihat kedudukan pasukan dalam saingan Liga Super, kami mungkin boleh naik lagi dan boleh juga jatuh. Tiada perlawanan yang senang dan tiada apa-apa yang boleh janjikan kami perlu berasa selesa.

“Kami mahu beri 100 peratus untuk menghadirkan keputusan baik. Target kami adalah Piala Malaysia dan juga Piala AFC,” katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan dalam enam perlawanan lepas, ia jelas berpihak kepada Terengganu yang meraih tiga kemenangan, dua seri.

Bagaimanapun The City Boys pastinya mahu bersandarkan keputusan di saingan Piala FA musim ini, menyaksikan skuad yang masih dikendalikan Bojan Hodak berjaya atasi wakil Pantai Timur itu 4-2 pada penentuan penalti.

Keputusan positif pada perlawanan pertama esok begitu penting buat Terengganu sebelum hadapi aksi timbal balik di tempat sendiri, 3 November ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI