fbpx

Pas akui lemah tarik sokongan bukan Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika berucap pada perasmian Muktamar Pas yang ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, hari ini. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Gerak kerja lebih kuat akan dibuat Pas dalam mendekatkan pengundi bukan Islam dengan parti itu seterusnya meraih sokongan dan undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ini selaras dengan dapatan bedah siasat PRU ke-15 (PRU15) lalu mendapati antara kelemahan parti tersebut adalah menarik sokongan pengundi bukan Islam.

“Kita sudah buat banyak sesi dialog dengan pihak bukan Islam, namun kesannya tidak sampai pada majoriti mereka.

“Selepas ini, kita perlu lebih banyak buat kerja lapangan, dekatkan mereka (orang bukan Islam) dengan Pas,” katanya selepas merasmikan Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menegaskan, sokongan orang Melayu terhadap Pas meningkat dengan mendadak dan menjadi faktor utama kemenangan pada PRU15 dan pilihan raya negeri (PRN) baru-baru ini.

Tambah beliau, ini dibuktikan dengan peningkatan sebanyak 140 peratus iaitu daripada 18 kerusi pada PRU14 kepada 43 kerusi semasa PRU15.

“Ini mencatatkan bilangan kerusi parlimen tertinggi dalam sejarah 71 tahun penubuhan Pas melalui kerjasama dalam gabungan PN.

“Dalam PRN di enam buah negeri pula, Pas mencapai tahap kemenangan 83 peratus dengan mendapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tertinggi sebanyak 105 kerusi berbanding parti-parti lain,” tegasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI