fbpx

Muktamar Pas: Malaysia kena tegas, contohi Sudan, Lubnan isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi ketika sidang akhbar tersebut. Foto oleh SADDAM YUSOFF/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaaan disarankan lebih tegas dalam menekan pertubuhan antarabangsa supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Israel.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, contoh itu boleh diikuti dengan pendirian negara seperti Sudan, Lubnan dan Algeria yang dilihat ke hadapan dalam konflik Palestin dan Israel.

Katanya, ini seterusnya dapat membela Palestin daripada belenggu Israel.

“Ketika ini, kerajaan dilihat tidak memberikan sokongan kuat kepada kerajaan Palestin yang hebat diserang tentera Israel.

“Mungkin disebabkan masih terikat dengan resolusi yang dibuat Amerika Syarikat (AS) dan negara barat berhubung resolusi pendamaian di antara dia negara berkenaan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Jelas Abdul Hadi, meskipun resolusi itu dibuat namun Israel tidak menghormati semua perjanjian ini.

“Mereka juga masih memindahkan rakyat mereka ke Palestin secara haram. Rakyat Palestin pula dihalau daripada rumah mereka. Israel berbuat demikian bagi menjayakan agenda Zionis mereka,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI