fbpx

‘Lubuk’ pendatang asing di Negeri Sembilan digempur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 122 warga asing diperiksa dalam operasi oleh JIM negeri Sembilan di lokasi tumpuan 'lubuk' PATI di sekitar Sereban Nilai dan Kuala Pilah.

NILAI – Seramai 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan dalam operasi khas yang diadakan di ‘lubuk’ warga asing di sekitar Seremban, Nilai dan Kuala Pilah.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, pihaknya telah menggempur lokasi tumpuan PATI hasil aduan orang awam serta risikan yang dijalankan pihaknya berhubung kehadiran warga asing sepanjang operasi selama dua hari bermula 17 hingga 18 Oktober lalu.

“Operasi itu melibatkan 12 lokasi tumpuan termasuk rumah kediaman, rumah kedai, pasar mini dan rumah yang sedang diubah suai oleh warga asing.

“Seramai 122 PATI telah diperiksa sepanjang operasi itu berlangsung dan hasilnya 28 orang PATI telah ditahan iaitu 23 lelaki, lima wanita dari pelbagai negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kennith berkata, mereka terdiri daripada lima lelaki Indonesia, 11 lelaki Bangladesh, masing-masing lima lelaki dan enam wanita Myanmar, seorang lelaki warga India serta Pakistan.

Tambah beliau, pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan rutin yang mana memberi tumpuan di kawasan yang dilaporkan terdapat kehadiran warga asing walaupun dalam jumlah yang tidak ramai.

“Ini bagi memastikan PATI berasa tidak selamat berada di negara ini meski pun berada di kawasan yang tidak dijangka.

“Saya sendiri mengetuai operasi dan PATI yang diperiksa memberikan kerjasama yang baik memandangkan Pegawai Imigresen telah membuat kepungan awal,” katanya

Beliau berkata, warganegara asing yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen di Lenggeng untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di Malaysia melebihi masa, setelah pas lawatan tamat tempoh dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk ke negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.

“Selain itu, mereka turut disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI