fbpx

Harga kawalan maksimum benih padi diselaras RM40, RM45 – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Sabu (tengah) pada sidang akhbar khas berkaitan isu benih padi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya tadi. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyelaras harga kawalan maksimum baharu bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) berkuat kuasa hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyelarasan itu dibuat bagi menggalakkan penggunaan benih padi sah (BPS) yang bermutu tinggi dan rintang penyakit dalam kalangan pesawah.

Beliau berkata, ketetapan itu juga dibuat bagi mengelakkan penggunaan benih padi tidak sah atau benih ‘kampit putih’ di pasaran tempatan.

“Menerusi harga kawalan baharu itu, harga maksimum di pintu gudang syarikat pengeluar BPS diselaraskan daripada RM31 kepada RM40 per kampit 20 kilogram.

“Selain itu, harga maksimum bagi peringkat runcit pula diselaraskan daripada RM35 kepada RM45 per kampit 20 kilogram,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Katanya, penyelarasan kawalan harga maksimum itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.

Mohamad berkata, ia juga tidak merubah struktur pengeluaran, pembekalan dan pengedaran BPS sedia ada melibatkan 12 syarikat pengeluar BPS, 13 syarikat pemborong, dan 456 peruncit di seluruh negara.

Menurutnya, KPKM cakna dengan rungutan pesawah di lapangan iaitu berkaitan kesukaran mendapatkan BPS di pasaran selain peningkatan harga BPS per kampit 20 kilogram sehingga mencecah RM50. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI